HIBURAN

"Kecundang Akhirnya!" - Amira Othman Jatuh Sakit & Dirawat Di Hospital

Amri Hassan 05/06/2018 | 03:00 MYT
Penyanyi Amira Othman jatuh sakit pada hujung minggu lalu dan telah dikejarkan ke pusat perubatan di ibu kota untuk rawatan lanjut.
Khabar itu dikongsikan menerusi akaun media sosial Instagram pelantun lagu Mimpi Indah itu kelmarin.
"Kecundang akhirnya. Mudah-mudahan Amira diberi kesembuhan.
"Kalau condition terlalu weak, doktor pesan untuk berehat," tulis Amira yang diwakili oleh pengurus peribadinya.
Pihak pengurusan penyanyi itu juga membuat permohonan maaf ekoran tidak dapat menghadirkan diri ke Mood Republik yang berlangsung pada hujung minggu lalu.
"Saya mewakili pihak Amira Othman memohon maaf kerana atas faktor kesihatan dia tak dapat hadir ke Kuantan untuk Mood Republik," tambahnya.
Bagaimanapun, Amira menjelaskan keadaannya kini stabil dan berterima kasih atas kiriman doa dan ucapan daripada peminat.
"Feeling so much better today. Alhamdulillah and thank you for all the dua and wishes," tulisnya menerusi kemas kini terbaharu malam tadi.
Malah, bintang Akademi Fantasia 2013 itu turut memuatnaik gambar ubat-ubatan jenis uphalyte yang perlu dimakannya menerusi instastory.
Uphalyte dipercayai diberikan kepada pesakit yang menghadapi masalah keracunan makanan, cirit birit dan dehidrasi.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @amiraothman
#Penyanyi #Sakit #Amira Othman #Penyanyi #Sakit