HIBURAN
"Kecut Mulut Kita Macam ..." - Foto Roti Bakar Yang Disedia Suami Anzalna Nasir Buat Netizen Terhibur!
Pelakon Anzalna Nasir, 30, telah berkongsi sekeping gambar yang telah mencuri perhatian serta menghiburkan hati netizen.
Menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya, Anzalna telah memuat naik foto roti bakar yang disediakan oleh suaminya, Hanif Zaki beserta kapsyen.
"I minta suami buatkan roti bakar butter tabur gula sekali dia tabur garam!
"Kecut mulut kita macam baru lepas menyelam dalam laut! Hahahaha.
"Tapi tak salahkan dia sebab bekas gula dah tertukar dengan garam. Ada orang nak sabotaj @hanif_zaki hahahaha," seloroh Anzalna.
Dalam kapsyen tersebut, Anzalna memberitahu suaminya tidak mengetahui bukan gula yang ditaburnya tetapi garam kerana bekas itu telah ditukar.
Rata-rata peminatnya terhibur dengan gelagat pasangan itu serta berasa kesian dengan Anzalna kerana termakan garam dalam kuantiti yang banyak.
Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta.
Must-Watch Video