Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Kekok Berseorangan, Naeun Apink Akui Tertekan

Mya Amri 08/11/2018 | 14:42 MYT
Anggota kumpulan Apink, Son Naeun akui kekok melakukan aktiviti secara solo.
Kata Naeun, situasi itu berlaku kerana terbiasa melakukan aktiviti atau promosi bersama anggota kumpulan Apink yang lain.
“Disebabkan tiada ahli Apink yang lain, saya berasa agak gementar.
“Saya rasa sedikit tertekan apabila melakukan perkara yang selalunya dilakukan bersama enam orang tetapi untuk kali ini saya lakukan secara solo,” ujarnya.
Naeun mendedahkan perkara itu ketika menjadi tetamu istimewa untuk program SBS Power FM's Park Sun Young's City Town baru-baru ini.
Naeun menghadiri program berkenaan untun mempromosikan filem seram terbaru berjudul The Wrath.
Selain Naeun, The Wrath yang turut dibintangi oleh aktres Seo Young Hee ini telah pun ditayangkan bermula 8 November.
Sumber: Soompi/Allkpop
#Artis Korea #Apink #Son Naeun