HIBURAN
Keluar WANNA ONE, Kang Daniel Tubuh Agensi Sendiri
Bekas anggota kumpulan K-Pop popular WANNA ONE, Kang Daniel menubuhkan syarikat agensi sendiri selepas keluar daripada kumpulan tersebut.
Buat masa ini Kang Daniel merupakan satu-satunya artis yang bernaung di bawah agensinya sendiri iaitu Konnect Entertainment yang berpangkalan di Seoul, Korea.
Menurut jurucakap agensi berkenaan, Daniel memilih untuk membuka syarikat sendiri demi peminatnya.
“Dia memilih untuk menubuhkan agensi sendiri selepas mempertimbangkan jenis agensi yang akan bekerja untuknya dalam jangka masa panjang.


“Di samping itu, Daniel juga tidak sabar untuk membuat kemunculan semula demi peminatnya yang memainkan peranan besar dalam keputusan yang dibuat.
“Agensi yang memberikan fokus kepada satu artis adalah lebih cekap dan paling sesuai untuk membuat persediaan yang pantas,” jelasnya.
Terdahulu, idea untuk menubuhkan agensi berkenaan adalah selepas Daniel menang kes tuntutan saman terhadap LM Entertainment yang membuat kontrak eksklusif secara tidak adil kepadanya.
Daniel mula membuat persediaan untuk menubuhkan syarikatnya selepas menang kes tersebut pada Mei lepas.
Sumber: Soompi / Allkpop
Must-Watch Video