HIBURAN
“Kena Jaga Kelakuan Risau Beri Kesan Pada Taeyang” – Dong Hyun Bae
Pelakon Dong Hyun Bae memberitahu perlu sentiasa menjaga perilakunya kerana khuatir akan mencemarkan nama baik adiknya yang juga merupakan anggota kumpulan K-Pop terkenal BIGBANG, Taeyang.
Menurut Hyun Bae, dia tidak mahu jika dia tersalah langkah nama adiknya juga akan turut terpalit.
“Apabila ada orang bertanya adakah saya abang Taeyang, secara automatik saya akan cuba jaga kelakuan.
“Adik saya merupakan seorang yang sangat berjaya dan terkenal manakala saya masih lagi mencari tempat dalam industri.

“Apa saja perkara yang melibatkan Taeyang pasti akan menjadi perhatian. Jadi saya harus jaga nama baik adik saya.
“Risau juga jika tersilap langkah ia akan beri kesan kepada adik saya.
"Sebagai abang saya juga rasa bersalah kerana Taeyang banyak berkorban dan melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh seorang abang untuk keluarganya” jelasnya.
Dalam perkembangan terbaru, Hyun Bae muncul dengan drama terbaru terbitan KBS berjudul Greatest One-Shot.
Sumber: Soompi