HIBURAN
"Kenyang & Puas! Dari Awal Sampai Habis Full Of Action" - Netizen Tak Henti Puji Aksi Hebat Filem Wira!
Sejak mula ditayangkan 21 November lalu, filem aksi terbaru arahan Adrian Teh iaitu Wira tidak henti-henti menerima pujian penonton.
Menerusi platform Twitter, ternyata Wira komen positif baik daripada netizen serta pengkritik filem.
Ada yang mengatakan Wira sebagai filem aksi terbaik dan tidak kurang juga yang menyamakan kualiti sama seperti karya antarabangsa.
Malah, ramai juga diantara netizen melahirkan rasa puas mereka selepas menonton Wira.
Anda boleh lihat antara komen mereka di bawah.
Lepas je tengok Filem #WIRA . Satu je nak cakap.Kenyang weh ! Kenyang, puas ! Dari awal sampai habis memang full of action. Dan bila habis tu rasa puas hati gila. Kenyang dengan jalan cerita yang padu.Rating : 20/10. Wajib tengok bai !! pic.twitter.com/ETFjIpI67Y— AmmarRs (@ammarroslan) November 30, 2019
Untuk rekod, Wira berkisarkan mengenai kisah seorang bekas tentera, Hassan yang dahulunya melarikan diri akibat tidak tahan dikawal tetapi kembali ke pangkuan keluarga untuk membela nasib mereka.Syok cerita #wira whole movie 90% scene lawan jerr. Mantopppp— uteh (@WakLapar) December 2, 2019
Biarpun nekad untuk tidak lagi berlawan, Hassan walaubagaimanapun terpaksa bertarung demi melangsaikan hutang adiknya.
Filem yang menaruhkan aksi mempertahankan diri ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Fify Azmi, Hilal Azman, Henley Hii dan Josiah Hogan.
Istimewanya filem ini, ia turut menampilkan pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan Ismi Melinda, manakala pengarah popular, Dain Said juga tampil melakonkan watak antagonis bagi filem ini.
Wira diterbitkan hasil kerjasama Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw dan Primeworks Studios.
Filem ini telah pun memulakan tayangan di pawagam seluruh negara, jadi apa tunggu lagi?
BACA: Power! Filem Wira Raih RM5.2 Juta Dalam Masa 11 Hari Tayangan!
BACA: [REVIEW] Inilah Filem Aksi Yang Sepatutnya Dihasilkan! Wira Buat Ramai Penonton U-Turn?
Must-Watch Video