HIBURAN

Kerana Hairul, Zizan Sanggup Bergaduh Dengan Adrian Teh? Apa Cerita Ni?

Hanafis Haris 23/04/2019 | 11:34 MYT

Pelakon dan Pelawak, Zizan Razak telah memuat naik satu video di Instagramnya menunjukkan pergaduhan antara dia dan pengarah filem PASKAL The Movie, Adrian Teh.

Pergaduhan kecil antara dia dan Adrian Teh itu berlaku apabila pengarah terbabit tidak berpuas hati dengan lakonan Zizan yang dikatakan tidak fokus.

Keputusan Adrian yang meminta babak terbabit diulang sekali lagi kemudian mendatangkan kemarahan Zizan.

"Tak fokus apa, you janji mahu release saya pukul berapa?," kata Zizan.

Walaubagaimanapun perbalahan kedua-dua mereka kemudian terhenti apabila ia hanyalah 'prank' sempena hari jadi Hairul Azreen.

Anda boleh lihat video 'prank' tersebut di bawah.

Untuk makluman, filem aksi terbaru Wira 2019 arahan Adrian Teh akan muncul di pawagam tidak lama lagi. Filem ini akan menampilkan Hairul Azreen sebagai tunjak utama.

#Hairul Azreen #Zizan Razak #Paskal