Pelakon Putra Amaris baru-baru ini telah mengundang kritikan sesetengah pihak selepas sering diihat dalam beberapa video yang dimuat naik oleh usahawan terkenal, Datuk Seri Vida (DSV).
Terdapat sesetengah pihak yang mendakwa pelakon berusia 32 tahun ini mempunyai niat tersembunyi terhadap usahawan popular tersebut.
Namun begitu, Amaris menafikan khabar terbabit dan menyatakan bahawa dia ikhlas bekerjasama dengan DSV.
"Saya tak ada niat apa-apa pun untuk dekat dengan Datuk Seri Vida. Niat saya ikhlas untuk bekerjsama dengan dia.
"Kebetulan saya ada waktu terluang dan diberikan rezeki untuk bekerja dengan dia. Saya percaya, rezeki itu rahsia Allah dan rezeki tak akan salah alamat.
"Buat masa sekarang, saya bantu DSV dari segi pemasaran dan kerja-kerja yang perlu diselesaikan," katanya.
Menurut pelakon ini, dia banyak membantu usahawan itu dalam kerja-kerja pemasaran produk dan turut membantu dalam kerja-kerja yang lain.
Teks : Asraf Aided
Sumber : Mstar