Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Kim Ah Joong Didakwa Meninggal Dunia?

Amri Hassan 15/08/2018 | 12:07 MYT
Baru-baru ini telah tersebar khabar angin kononnya pelakon Kim Ah Joong telah meninggal dunia.
Kim Ah Joong dikatakan telah meninggal dunia di kediamannya setelah tersebar beritanya di Internet.
Syarikat pengurusan aktres Kim Ah Joong tampil dengan segera menafikan khabar angin tersebut.
"Itu tidak benar, Kim Ah Joong sibuk dengan kerja dan kami tidak tahu siapa yang menyebarkan khabar tidak betul ini," ujarnya seperti dipetik Allkpop.
Pelakon 200 Pound Beauty itu kini sedang menjalani penggambaran filem Bad Guys: The Movie.
Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Allkpop
#Kpop #Kim Ah Joong