Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

#KitaMalaysia: Kepelbagaian Bahasa & Bangsa Jadi Keunikan Negara Tercinta!

Kamaruddin Razal 26/09/2019 | 12:04 MYT
Malaysia kaya dengan keunikan dari pelbagai aspek.
Kepelbagaian bahasa dan budaya membuatkan negara kita sentiasa menyerlah.
Secara tidak langsung, ia mencorakkan bahasa perbualan kita sebagai rakyat Malaysia.
Sedar atau tidak, dialog pertuturan rakyat Malaysia menggabungkan pelbagai bahasa?
Setiap daripada kita pasti tahu perkataan dari bahasa bangsa yang berbeza.
Kepelbagaian bangsa dan bahasa telah jadikan bahasa kita meriah dengan pelbagai frasa.
'Come on lah', 'Jom sapede', 'Tapau nasi lemak satu' adalah antara ayat yang biasa kita gunakan!
Perkara ini menyemarakkan semangat #KitaMalaysia!
Jika anda mampu bertutur selain daripada bahasa ibunda anda sendiri, rakam dengan kreatif dan kongsikan kepada kami di hello@gempak.com
#KitaMalaysia #KitaSamaKitaMalaysia