Masa untuk Gempak Most Wanted Awards 2024! Ketahui siapa yang menang dan strim LIVE hari ini!
HIBURAN

Kongsi Foto 'Baby Shower', Nina Nadira Mohon Urusan Bersalin Dipermudahkan

Zulaikha Yusof 18/03/2019 | 03:49 MYT
Bintang program realiti Akademi Fantasia (AF) 2014, Nina Nadira telah berkongsi foto majlis 'Baby Shower' bersama rakan dan ahli keluarga terdekat yang berlangsung Sabtu lalu.
Menerusi entri di Instagram (IG), Nina memohon doa semoga urusannya dipermudahkan serta berjalan dengan lancar.
"Thank you to those who come yesterday! And also the presents.
"Our little princess can't wait to meet all of you!
"She is surely loved by everyone.
"Doakan Nina semoga semua berjalan lancar, insyaallah I'll see you after I pop!" tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut sudah mula menunjukkan rasa tidak sabar untuk melihat anaknya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Nina dan suami, Ahamad Farhan Rusman mendirikan rumah tangga pada 29 Julai 2017.
Kini, Nina sedang sarat hamil sembilan bulan.
#Nina Nadira