HIBURAN
Kongsi Foto Pernikahan, Peminat Tak Sabar Tunggu Klik! Pengantin Musim Salju
Penyanyi lagu Terus Mencintai, Siti Nordiana berkongsi foto babak pernikahan bersama pengacara Alif Satar.
Foto tersebut merupakan sedutan adegan drama bersiri Klik! Pengantin Musim Salju yang dijayakan oleh mereka.
A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on
Menerusi ruangan komen, peminat nyata tidak sabar mahu menantikan drama bersiri arahan Hadith Omar itu.A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on


Drama bersiri adaptasi novel karya Suri Ryana akan bersiaran pada Ramadan ini dan ditayangkan di Astro Ria dan Astro Ria HD.
Sebelum ini, Siti Nordiana dan Alif pernah mencipta fenomena menerusi drama bersiri Dia Semanis Honey.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Siti Nordiana
Must-Watch Video