Skip to main content

Budaya Popular

Kourtney Bakal Tinggalkan Keeping Up With The Kardashians?

kkbefunky-collage.jpg

Personaliti terkenal Hollywood, Kourtney Kardashian mengeluarkan kenyataan yang telah mengundang perhatian ramai baru-baru ini.

Dalam sebuah teaser musim terbaru rancangan realiti Keeping Up With The Kardashians, Kourtney ada mengatakan yang dia tidak mahu lagi berada di dalam rancangan tersebut.

"Saya tidak mahu bergaul dengan orang-orang yang membuatkan saya tidak bersemangat," katanya kepada adik beradik yang lain dalam salah sebuah babak teaser program terbabit.

Peminat keluarga Kardashian telah pun ternanti-nanti akan keputusan yang bakal dibuat oleh personaliti itu dan musim terbaru Keeping Up With The Kardashians akan mula ditayangkan di kaca televisyen tidak lama lagi.


Teks : Asraf Aided
Sumber : thehollywoodgossip.com

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video