gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Perkara Ini Mengganggu Mental Saya Sebab ..." - Arfie Shah
HIBURAN
‘SAYANG’; Filem Kerjasama Malaysia–Taiwan Bakal Menemui Penonton Tahun 2026
HIBURAN
Lee Je-hoon Kembali! Taxi Driver Musim 3 Lebih Kejam, Gelap
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Kutip RM6.4 juta, Mael Totey The Movie Catat Sejarah Filem Terlaris Astro First

Hanafis Haris
Hanafis Haris
15/11/2020
15:32 MYT
Sponsor Banner
Kutip RM6.4 juta, Mael Totey The Movie Catat Sejarah Filem Terlaris Astro First
Selepas meraih RM5 juta dalam tempoh 12 hari tayangan, filem Mael Totey The Movie (MTTM) sekali lagi mencatat sejarah apabila menerima kutipan sebanyak RM6.4 juta.
Pengumuman itu dibuat menerusi rancangan Gegar Vaganza sebentar tadi yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Difahamkan, jumlah berkenaan diperoleh dalam hanya tempoh 23 hari sejak ia mula ditayangkan 22 Oktober lalu.
Apa yang lebih membanggakan, MTTM turut memecah rekod filem Polis Evo dan Hantu Kak Limah sebagai filem terlaris di Astro First.
Sementara itu menerusi satu posting di Instagram Syahmi, pengarah muda itu mengucapkan terima kasih atas sokongan ramai yang tidak pernah putus.
View this post on Instagram
A post shared by Mael Totey (@syahmisazli)
Untuk rekod, MTTM mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya.
Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.
Ingin mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya, saksikan filem Mael Totey The Movie yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Topic Berkaitan
#MTTM
#Mael Totey The Movie
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement