Gempak logo
Breaking news banner
Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Lagu Despacito Dihenti Siar Di RTM

article-author-avatar
Amri Hassan 21/07/2017 | 02:41 MYT
Lagu Despacito Dihenti Siar Di RTM
Radio Televisyen Malaysia (RTM) memberhentikan serta-merta siaran lagu hit antarabangsa, Despacito, di semua stesen radio dan saluran televisyen miliknya.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata lagu itu dinilai semula oleh panel penilai RTM susulan aduan awam dan mengambil keputusan untuk menarik balik kelulusan.
“Sehubungan dengan itu, RTM memberhentikan siaran lagu tersebut di semua stesen radio dan TV RTM berkuat kuasa serta-merta ” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Rumah Terbuka Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Putrajaya baru-baru ini.
Sebelum ini terdapat pihak yang meminta agar penyiaran lagu itu dihentikan kerana liriknya berunsur lucah.
Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Bernama
#Hollywood #Hollywood #Despacito #RTM