HIBURAN
Lancar Koleksi Asal Usul Sempena Hari Malaysia, Jenama Hijab Milik Neelofa Raih Pujian Netizen
Jenama tudung popular, Naelofar Hijab melancarkan koleksi hijab terbaru menerusi kempen Asal Usul bersempena sambutan Hari Malaysia.
Menerusi laman sosial Instagram dan Twitter, kempen yang menggunakan ejaan ‘Asal Oesoel’ ini meraih perhatian wargamaya.
Koleksi yang bertujuan mempamerkan rasa cinta pada negara ini hadir dalam lima corak menarik dipanggil Omni (Utara), Ixora (Timur), Hera (Selatan), Palma (Barat) dan Mydas (Borneo).


Tambah menarik apabila pengasasnya, selebriti popular Neelofa yang tampil menggayakan koleksi ini dengan penuh personaliti.
Menjengah ke ruangan Twitter, ramai netizen yang memuji koleksi dan kempen ini.
Collection naelofar hijab yg baru ni semua lawaaaa ?— zty. azk (@ztyazk) September 18, 2019
How i wish i can get all the design for the new collection of Naelofar Hijab : ‘Asal Oesoel’ congrats @Neelofa ❤️❤️❤️❤️— YAALOFA (@yayasaari) September 17, 2019
Why tudung naelofar lawa lawa this timeeee? ?— mak kaiju (@lisasassssyy) September 17, 2019
Naelofar rebrand dan totally tukar konsep. Kali ni nampak projecting style Neelofa yg berfesyen.— Farid SMJ (@faridsmj) September 17, 2019
Tudung ‘Asal Oesoel’ ini boleh dimiliki pada harga RM89 secara dalam talian ataupun di butik Naelofar Hijab.AsalOesoel naelofar hijab power jugak. Suka konsep and styling dia. Good job @Neelofa and team ??— OJA (@rozalinakarim_) September 17, 2019
Must-Watch Video