HIBURAN
"Lebih Cantik Lagi Kalau Pakaiannya Tertutup Semua .." - Netizen Kecam Foto Terbaru Bunga Citra Lestari

Penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari mencetuskan sensasi di media sosial gara-gara pakaian yang digayakannya di sebuah hotel di Jakarta.
Menerusi foto yang dimuat naik itu menunjukkan Bunga memakai busana ketat berwarna coklat lembut.
Gambar yang telah dimuat naik sejak semalam itu telah mendapat lebih 2,000 komen netizen yang tidak senang melihatnya menggayakan pakaian tersebut.
"If you fell down yesterday, stand up today." - H.G. Wells," tulisnya pada kapsyen gambar tersebut.
Beberapa pengikut IG telah mengecam tindakan Bunga kerana pakaian itu terlampau seksi serta tidak menjaga aurat sebagai seorang isteri dan anak.


Bagaimanapun, tidak semua komen yang ditulis pada gambar terbabit berbaur kecaman, terdapat segelintir peminat setia yang menyukai dan memuji penampilan Bunga.

Terdahulu, Ashraf dan Bunga telah berkahwin pada November 2008 di Jakarta.
Hasil perkahwinan itu, pasangan romantik ini dikurniakan seorang cahaya mata, Noah pada tahun 2010.