gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Kieda Crepe Guna Perkataan ‘Bahan Affordable Tapi Mahal’, Netizen Keliru; “Maksud Affordable Tu Mampu Milik…”
HIBURAN
"Kami Taktahu Apa-Apa" – Tular Video Live Sebut Nama Amira Othman Sebagai Isteri Fattah Amin, Shahida Mohon Maaf Secara Terbuka
HIBURAN
"Saya Suka Tengok Industri Kreatif Korea Selatan Berkembang" - Jasmine Suraya Rayu Kerajaan Sedia Dana Khas
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Lengan Semakin Sado, One Forteen Nafi Nak Jadi Ahli Bina Badan

gempak
Fiza Kamarudin
15/12/2016
10:30 MYT
Sponsor Banner
Lengan Semakin Sado, One Forteen Nafi Nak Jadi Ahli Bina Badan
Ahli kumpulan Forteen, One tidak pernah terfikir untuk menjadi ahli bina badan walaupun saiz lengannya semakin besar dan sado.
One atau nama sebenarnya Muhammad Ridzuan Sharifuddin, turut mengakui bentuk fizikal badannya sudah berubah berbanding tahun sebelumnya.
“Memang betul saya besarkan lengan untuk menambahkan lagi seri penampilan saya yang sebelum ini agak kurus sedikit.
“Ramai yang bertanya saya berusaha keras membentuk badan ini, untuk masuk pertandingan bina badan ke? Saya jawab tidak, kerana perubahan ini saya lakukan untuk menjaga imej saya sebagai seorang penyanyi agar kelihatan lebih segak apabila berhadapan dengan orang ramai,” katanya ketika dihubungi oleh Astro Gempak.
Tambah One lagi, dia selesa dengan bentuk fizikal badannya dan tidak merasakan ia satu bebanan dalam karier.
Malah, ramai yang meminta One berkongsi tip kerana mahu menjadi seperti dirinya.
“Saya terbuka untuk berkongsi tip dengan kawan-kawan atau dengan sesiapa saja bagaimana rutin harian saya untuk membuat badan ini.
“Apa yang saya buat ialah 30 peratus adalah bersenam di gym dan 70 peratus adalah menjaga pemakanan.
“Benda yang wajib saya elakkan ialah minuman manis dan saya amalkan makan beras perang, itu adalah rahsia saya untuk mendapat bentuk badan seperti ini.
“Memang agak susah tapi kenalah berkorban sikit untuk mencapai impian memiliki susuk tubuh yang menawan dan hasilnya berbaloi,” katanya.
Teks Oleh: Ishahrulddin Tahir
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Penyanyi
#Forteen
#One
Must-Watch Video