HIBURAN
Luangkan Masa Bersama, Kim Bum Dan Oh Yeon Seo Sah Bercinta
Pelakon drama popular Boys Over Flowers, Kim Bum akui sedang menjalinkan hubungan cinta bersama aktres Oh Yeon Seo.
Berita itu disahkan oleh agensi Kim Bum, Starship Entertaiment dan Oh Yeon Seo, Celltrion Entertainment semalam.
Mereka membuat kenyataan itu selepas pasangan tersebut dilihat meluangkan masa bersama.
Menurut Starship, Kim Bum dan Oh Yeon Seo berkenalan melalui rakan rapat mereka dalam satu majlis.
Pasangan ini kini dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
Manakala Celltrion Entertainment pula mendedahkan Oh Yeon Seo dan Kim Bum mula berkenalan pada awal Mac lalu.
Sumber: Soompi
Must-Watch Video