Pelakon terkenal Korea, Song Joong Ki telah memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya, aktres Song Hye Kyo.
Berita itu disahkan sendiri oleh peguamnya menerusi satu kenyataan kepada pihak media hari ini.
“Pada tarikh 26 Jun, kami telah memfailkan permohonan cerai atas permintaan Song Joong Ki di Mahkamah Keluarga Seoul,” ujarnya pendek.
Dalam pada itu, Joong Ki juga turut mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu.
“Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada semua peminat yang telah menyokong saya… Saya telah memutuskan untuk bercerai dengan Song Hye Kyo.
“Daripada bergaduh dan saling menyalahi antara satu sama lain lebih baik kami berpisah secara baik.
“Saya harap anda semua faham, hal ini bukanlah sesuatu yang manis untuk didedahkan. Sukar bagi saya untuk memberitahu mengenai perkara ini secara menyeluruh kerana ia melibatkan perkara peribadi.
“Saya berjanji akan mengatasi perkara ini dan memberikan lebih fokus kepada kerjaya lakonan saya mulai sekarang,” jelasnya.
Terdahulu, pasangan yang dikenali sebagai Song Song Couple ini telah berkahwin pada 31 Oktober 2017.
Sumber: Allkpop