Skip to main content

Budaya Popular

"Maaf, Saya Hadir Untuk...." - Ini Teguran Terbuka Da'i Wan Untuk Emma Maembong

daiwan_em.jpg
Kontroversi penyebaran foto tidak berhijab yang melanda aktres Emma Maembong masih diperkatakan ramai pihak.

Biarpun sudah memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan olehnya, masih ada segelintir netizen yang tidak henti-henti mengeji Emma.

Terbaru, pendakwah Wan Dazrin atau lebih dikenali sebagai Da'i Wan tampil memberikan pandangan terhadap isu ini.

Da'i Wan memberikan teguran terbuka untuk Emma menerusi salah sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
 

Rata-rata peminat bersetuju dengan teguran berhemah yang disampaikan oleh Da'i Wan dan berharap agar Emma menyesali perbuatannya serta berubah ke arah yang lebih baik.

Pada awal minggu ini, beberapa keping foto tidak bertudung Emma bersama abang kepada Menteri Belia dan Sukan iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman tersebar dan menjadi tular di kalangan netizen,

BACA: "Saya Yang Terlalai, Memang Salah Saya" - Gambar 'Panas' Tersebar, Emma Maembong Mohon Maaf

Emma mengaku salah dan memohon maaf atas kekhilafannya, manakala Syed tampil mempertahankan Emma.

BACA: "Itu Bukan Emma" - Gambar 4 Tahun Lalu Viral, Syed Abdullah Buka Mulut

BACA: "Apology Is Not About Saying I’m Sorry...." - Ini Luahan Hati Syed Abdullah Berkenaan Isu Dengan Emma Maembong


Sejak kebelakangan ini, Emma dilihat menjalinkan hubungan mesra bersama abang kepada Syed Saddiq itu. 

Pada 19 Januari lalu juga, Emma memuat naik gambar bersama Syed Abdullah ketika melancong di Dubai termasuk ucapan hari jadi.

BACA: Selepas Foto Tak Bertudung Viral, Ini Kata-Kata Yang Kamal Adli Tujukan Kepada Emma Maembong

BACA: Kerana Isu Foto Tak Bertudung Emma Maembong, Akaun Zizan Razak Pula 'Diserang' Netizen

BACA: "Sah-Sah Aku Dah Maki Dia" - Kontroversi Buka Tudung, Michael Ang Tegur Emma Maembong

BACA: Isu Syed Abdullah & Emma Maembong, Syed Saddiq Buka Mulut...

Advertisement

Must-Watch Video