Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

"Maafkan Salah Silap Saya Dekat Awak .." - Tajul Dedikasi Ucapan Anniversary Istimewa Untuk Isteri

Zulaikha Yusof 11/12/2019 | 01:34 MYT
Penyanyi Tajul Ariff, 21, mengakui bertuah kerana mempunyai isteri ketika berada dalam situasi susah dan senang.
Walau bagaimanapun, pelantun lagu Ibu ini mendedahkan dia banyak melakukan kesilapan sepanjang melayari bahtera rumah tangga.
Perkara itu diluahkan oleh Tajul menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Ucapan itu ditujukan khas buat isterinya, Nurul Shamieza Eddie, 23, sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua.
"Happy anniversary darling saya @icaaeddie. Terima kasih sebab jadi isteri saya, dan jadi mummy kepada anak kita @adrianacarissa_ .
"Macam-macam dugaan kita lalui, maafkan salah silap saya dekat awak, dulu saya banyak dosa dengan awak, gagal didik isteri saya dengan baik.
"Saya minta maaf banyak-banyak. I love you so much!
"Semoga kita jadi lebih baik pada masa akan datang. Insya-Allah dengan izin Allah. Amin.
"Okay setelah 18 kali saya fikir kapsyen, kali ke-19 baru betul-betul dapat kapsyen tu.
"Masyaallah aura dia lain macam sampai kat kepala ni. Gurau guys, muah," tulisnya.
Sebelum ini Tajul mengejutkan peminat apabila dia mendedahkan status sebenarnya yang sudah berkahwin pada 23 Disember 2017.
Tajul merahsiakan perkara tersebut dari pengetahuan semua pihak selama hampir dua tahun sebelum membuat pengakuan kepada umum pada Oktober lalu.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Adriana Carissa pada 16 November lalu.
#Penyanyi #Penyanyi #Tajul #Anniversary