Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Macam mana Ibu Nak Hidup Tanpa Dua ‘Tentera’ Ibu Ni? – Fasha Sandha

Rozaimi Zubaidi 04/01/2017 | 11:00 MYT
Video dua anak Fasha Sandha, iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemaima yang berpelukan di hadapan istana taman tema Disneyland, Hong Kong telah menyentuh hati pengikut pelakon tersebut di Instagram (IG).
Selain itu, pengikut Fasha di IG turut menyatakan rasa kagum mereka dengan cara ibu tunggal tersebut mendidik dan memupuk perasaan kasih sayang kedua-dua anak-anaknya itu.
Rakaman video tersebut memaparkan, Raysha yang memakai gaun watak filem animasi Frozen, ‘Princess Elsa’ berlari ke arah Rayfal dan memeluk abangnya itu.
Menerusi entri tersebut Fasha turut menulis kapyen; "Tak perlu suruh-suruh. Semua natural. Syukur Alhamdulillah. Macam mana ibu nak hidup tanpa dua tentera ibu ni? #iburayfalraysha."
Rata-rata peminat yang menonton video tersebut berpendapat aksi Raysha dan Rayfal sangat sweet dan comel.
Berikut merupakan video diantara Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemaima:
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
#Fasha Sandha