HIBURAN
Mahadzir Lokman Meninggal Dunia
Pengacara popular, Dato' Mahadzir Lokman atau mesra disapa sebagai DD telah menghembus nafas terakhirnya awal pagi tadi di sebuah hotel bertempat di Kota Kinabalu, Sabah.
Menurut ahli keluarganya, mereka amat terkejut dengan berita kematian tersebut.
"Selepas mendapat berita mengejutkan itu, saya terus bergegas ke Kota Kinabalu untuk menguruskan jenazah," kata adiknya Ida Lokman.
Allahyarham sangat dikenali dengan bakat pengacaraannya yang boleh bertutur dalam pelbagai bahasa dan sering mengendalikan acara-acara besar tempatan mahupun di luar negara.
Teks : Asraf Aided
Sumber : Utusan Online