HIBURAN
Malam Gala Berlangsung Meriah, Filem Pusaka Dapat Respon Positif!
Malam gala filem terbaru arahan Razaisyam Rashid, Pusaka telah berlangsung dengan meriah di MBO Cinemas, The Starling Mall, Damansara malam tadi.
Penonton yang hadir ke malam gala mendapat peluang menjadi individu awal untuk menyaksikan filem seram terbabit kerana ia hanya bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 31 Oktober ini.
Menerusi pemerhatian di laman Twitter, rata-rata penonton malam gala filem Pusaka memberikan respon positif.
Guys, serius aku cakap korang kena tengok #FilemPusaka ni. memang best gila, jalan cerita best, aksi dia pun best. Pelakon hebat hebat. So rugi kalau korang tak tengok. Aku boleh cakap filem paling seram untuk tahun 2019 ni.#DiaDahDatang pic.twitter.com/kTaRcmK857— ??????? ??????? (@razziefghazali) October 18, 2019
Sis dah tengok filem pusaka! Cerita horror best gila banyak pengajaran banyak kisah yang menarik! Korang jangan lupa beli tiket and tonton pada 31st October. Sis pun nak beli tiket tengok lagi!! 9/10 kebabom Hehehe thank you Ins. Anuar ❤️ @iSyafiqKyle pic.twitter.com/2xBZ72tjA6— Riana (@UmmiAdriana) October 17, 2019
Tahniah pasukan produksi #filempusaka bangga dgn tenaga kreatifnya..tahniah @Razaisyam and the chosen team— ahmad_syazli (@ahmad_syazli) October 18, 2019
Menengok Pusaka tadi haruslah diakui peningkatan craft filem @Razaisyam sangat cemerlang dibanding filem pertama beliau.— Sufian Abas (@FakeSufianAbas) October 17, 2019
Sapa yang suka horror movie & yg penakut tu nak challenge diri sndiri jadi berani boleh tngok #FilemPusaka #DiaDahDatang ja nnti kita tngok hampa jadi mcm mana ?— ?️ (@aiedaaa) October 17, 2019
Pelakon yang hadir ke malam gala filem terbabit, Sharifah Amani dan Redza Minhat turut memberikan pujian terhadap filem ini.Ketepi semua. Nak bagi review pasal #FilemPusaka #DiaDahDatang ni!Penat melatah! Tak habis terkejut, dia sambung terkejut lagi, dan bagitulah sampai habis. Tapi untuk orang yang kuat melatah & penakut, overall cerita ni best ??Plot twist power, jalan cerita tak cliche.— ιѕѕα тєα (@IzzatiTaufek) October 17, 2019
semalam i pi premier #filempusaka - cerita ini kemas dan lazat, an enjoyable thrilling ride. Do yourself a favour and go catch. And, #razaisyamhensem is also hashtag for the film according to the director himself.— morello (@rdzaminhat) October 18, 2019
Semalam sempat tengok #FilemPusaka Siz sangat sangat berpuas hati! Story best, acting best, gambar best. I was screaming and uncomfortable throughout the film. I wanted to know more and I was happy to be on this ride. Well done team!! Tak sabar nak tengok reaction audience nanti! pic.twitter.com/4huEnzFWGi— Sharifah Amani (@sharifahamani) October 18, 2019
If he picks the right roles @iSyafiqKyle will be the next big Malaysian film superstar. Really enjoyed his performance in #FilemPusaka He is committed to his role & we empathise with Inspektor Anuar. Well done Capik. Can’t wait to see you in more on the big screen. All the best! pic.twitter.com/nCz6c2ABRo— Sharifah Amani (@sharifahamani) October 18, 2019
Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.
Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.
Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!
Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.
Must-Watch Video