Penyanyi yang sinonim dengan lagu irama Malaysia, Noraniza Idris menyasarkan untuk menurunkan berat badannya sebanyak 10 kilogram menjelang showcase sulungnya April depan.
Kata Kak Ani, dia mahukan stamina yang ampuh dan kualiti persembahan bermutu tinggi seiring usianya lebih 30 tahun dalam industri.
"Selain berlatih vokal dan tarian, saya juga dalam proses untuk menurunkan berat badan dan memastikan stamina dalam keadaan terbaik.
"Sepanjang sebulan ini saya ada mengikuti kelas senaman tiga kali seminggu.
"Harap-harapnya menjelang showcase itu nanti saya berjaya mendapatkan berat badan ideal. Dapat kurang 10 kilogram pun jadilah," katanya kepada Gempak.
Dedah Kak Ani, sebelum ini dia pernah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 8 kilogram menerusi siri diet daripada segi pemakanan.
"Pernahlah sebelum ini berat badan saya turun mendadak apabila saya amalkan makan brown rice segenggam saja sehari.
"Apabila badan ringan, nak buat persembahan dengan macam-macam aksi pun seronok!
"Malu nanti kalau tiba-tiba pancit atas pentas," tambah pelantun lagu Dikir Puteri itu.