HIBURAN
"Mama Dan Abah, Doakan Untuk Ija Please..." - Heliza & Hazwani Ke Syria Sampaikan Derma Rakyat Malaysia
Heliza Helmi sememangnya antara selebriti yang bertungkus lumus untuk membantu mewawarkan tentang tabung bantuan Syria melalui Syria Emergency Appeal.
Bukan setakat Heliza, adiknya Hazwani juga turut serta. Tidak cukup dengan berkongsi maklumat di media sosial mereka, Heliza dan Hazwani turut mengikuti misi membawa sumbangan ini ke Syria.
"Inilah hasil daripada DERMA kalian! Ya, inilah BUKTINYA, dengan izin ALLAH, kalian VIRALKAN, kalian DERMA, dan inilah hasilnya! ALLAHU AKBAR!
"We are so proud with you guys! TERIMA KASIH SEMUA atas keprihatanan kalian. Moga ALLAH ganjarkan SYURGA TERTINGGI buat kalian dan kita semua. Aamiin," tulis Heliza pada satu entri video di Instagramnya.
Menurut Heliza, jutaan pelarian Syria masih memerlukan bantuan secara berterusan dan sejumlah RM3 Juta diperlukan.
Beliau merayu kepada rakyat Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan di mana sahaja agar dapat sama-sama membantu.
Di sini disertakan bagaimana anda boleh membuat sumbangan anda.
Salurkan Sumbangan Menerusi Maybank Islamic SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM) Akaun No: 562834636987 atau www.tabungsyria.com
Kredit Gambar: Instagram