HIBURAN

"Mama Doakanlah Jodoh Abang Dengan Si Dia Ya" - Alahai Sweet Ucapan Anak Teruna Abby Abadi, Danish Hakim Buat Ibunya

Badrul Hashim 03/12/2019 | 03:09 MYT
Panjang lebar ucapan yang dibuat oleh anak teruna Abby Abadi, Danish Hakim buat ibunya sempena sambutan hari kelahiran Abby.
Bukan sahaja doa buat ibunya, Danish juga membuat janji pada Abby dan juga meminta ibunya mendoakan semoga dia bertemu jodoh dengan pilihan hatinya yang telah direstui Abby. Sweet betul.
"Happy birthday to you Mama. Abang akan sentiasa doakan yang terbaik buat mama. Abang sayang mama infinity times dunia akhirat tau.
"Mama, Abang nak mintak ampun mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki tau kalau abang ada salah silap dengan mama selama ni secara sedar ataupun tidak sedar.Doakan supaya abang dapat jadi anak yang soleh.
Mama doakan jugak untuk kekayaan dan kejayaan dunia akhirat anak mama ni. InsyaALLAH abang akan belajar rajin-rajin sehingga mencapai kekayaan & kejayaan dan untuk buat mama bangga.
"Abang tanamkan dalam hati abang yang abang akan jadi pelajar terbaik dan akan dapat memegang segulung ijazah & master..ITU JANJI ABG," tulis Danish panjang lebar.
Danish juga turut mengucapkan terima kasih buat ibunya itu yang sentiasa mendidik dan menjaganya dengan baik, malah turut bekerja keras untuk memberikan kesenangan hidup kepada dirinya dan juga anak-anak yang lain.
Paling 'sweet', Danish juga turut meminta ibunya berdoa agar ada jodoh antara dirinya dan buah hatinya.
Cantik. Inikah bakal menantu Abby Abadi?
"Ehem ehem mama, mama pun memang berkenan dengan abang & 'si dia' kan. Jadi.. Hehe memandangkan doa diantara seorang ibu dengan anak itu tiada hijabnya kan hihi..Mama doakanlah jodoh abg dgn 'si dia yea.
"Ada banyak lagi abang nak tulis untuk mama kat sini sebenarnya tapi too long kalau nak share semuanya (mungkin kalau tulis kat sini sebulan mungkin belum habis kot huhu). Takpelah yg lain tu nnti abg share dgn mama just personally," tulis Danish lagi.
Pada masa yang sama, Abby seolah merestui hubungan anak teruna dengan pilihan hatinya itu. Malah, Abby turut sama berkongsi status tersebut dengan 'bakal mertua' Danish.
"TQ Abang. Pegang pada janji ye. Mama tuntut. cc: bakal mak mentua, tolong doakan sekali hajat bakal menantu u ni hihi @light.km .. Amin," tulis Abby Abadi.
#Abby Abadi #Danish Hakim