Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Manisnya Senyuman Laura Zuleykha, Sama Macam Ayu Raudhah

Mya Amri 21/06/2017 | 07:24 MYT
Pelakon Ayu Raudhah dan suaminya, Zaquan Adha memilih nama Laura Zuleykha untuk anak perempuan mereka.
Nama yang cukup cantik itu didedahkan oleh Ayu menerusi akaun Instagram (IG)nya semalam.
"My princess Laura Zuleykha binti Mohamad Zaquan Adha," tulisnya ringkas.
Selain itu, gelagat Laura yang tersenyum manis dalam foto tersebut itu juga turut mendapat perhatian pengikutnya.
Rata-ratanya memuji kecomelan Laura dan juga pilihan nama yang diberikan oleh pasangan itu kepada anak ketiganya.
Teks oleh: Mya Amri
#Anak #Ayu Raudhah #Zaquan Adha