HIBURAN
“Masih Sama, Tiada Apa Yang Berubah Lepas Kahwin” – Song Hye Kyo
Pelakon terkenal Korea, Song Hye Kyo mengakui kehidupannya tidak banyak berubah selepas berkahwin dengan Song Joong Ki.
“Saya tidak rasa ada perubahan yang besar dalam kehidupan saya selepas berkahwin. Belum lagi buat masa ini,” ujarnya.
Hye Kyo berkata demikian sewaktu sidang media drama terbarunya berjudul Boyfriend baru-baru ini.

Bagaimanapun, Hye Kyo memberitahu suaminya merupakan seorang yang sangat positif dan sentiasa menyokong kerjayanya.
“Dia beritahu supaya saya bekerja keras dan akan memberi sokongan dengan menonton drama terbaru saya,” katanya.
Pasangan popular, Song Hye Kyo dan Song Joong Ki ini mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun lalu.

Dalam perkembangan baru, Boyfriend yang dibintangi oleh Song Hye Kyo dan Park Bogum ini bakal bersiaran pada 28 November depan.
Sumber: Koreaboo / Allkpop
Must-Watch Video