HIBURAN
Masih Sempat Lagi Nak Tonton! Ini 5 Sebab Mengapa Anda Perlu 'Serang' Pawagam Tengok Filem Wira
Filem Wira yang ditayangkan sejak 21 November lalu mendapat pujian ramai termasuklah pengkritik filem.
Ramai diantara mereka memberi rating agak tinggi termasuklah 5 bintang!
Namun, pada mereka yang belum menyaksikan Wira, ini antara perkara yang anda perlu tahu.
#1 Tonjol Kasih Sayang Adik Beradik
Filem ini mengangkat elemen kasih sayang antara adik-beradik yang dipaparkan menerusi watak Hassan dan Zain Munas.Jika mahu filem bersifat kekeluargaan, filem Wira antara yang paling sesuai!
#2 Pertarungan Lawan Next Level!
Kesemua koreografi pertarungan yang anda lihat dalam filem Wira dihasilkan oleh tokoh seni bela lagenda Indonesia iaitu Yayan Ruhian.Jika tidak kenal, dia pernah membintangi filem antarabangsa termasuklah Star Wars : The Force Awakens, The Raid, The Raid 2, Yakuza Apocalypse dan terbaru adalah John Wick Chapther 3. Power kan?
#3 Watak Antagonis Ada Kelas!
Watak antagonis dalam filem Wira dilakonkan oleh Dain Said sebagai Raja.Satu perkataan untuk menggambarkan lakonan Dain Said adalah 'Outstanding'.
Nak tahu hebat atau tidak amda kena saksikan sendiri!
#4 Fighter Wanita Yang Jarang Ada Dalam Filem Malaysia
Secara jujurnya belum ada lagi filem tempatan yang memaparkan pertarungan membabitkan wanita.Jika ada sekali pun mungkin hanya beberapa babak saja, tidak seperti Wira.
#5 Pengarah Sama Hasilkan PASKAL The Movie
Masih tak boleh 'move on' dengan kehabatan filem PASKAL The Movie?Jangan bimbang, jika anda minat dengan filem tersebut, anda perlulah tonton Wira kerana ia dihasilkan oleh pengarah sama iaitu Adrian Teh!
Pada yang masih belum menonton Wira, ayuh ke pawagam! Jangan sia-siakan cuti hujung minggu anda.
Tonton Wira, percayalah anda pasti tidak akan menyesal.
Untuk rekod, Wira berkisarkan mengenai kisah seorang bekas tentera yang dahulunya melarikan diri akibat tidak tahan dikawal tetapi kembali ke pangkuan keluarga untuk membela nasib mereka.
Filem yang menaruhkan aksi mempertahankan diri ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Fify Azmi, Hilal Azman, Henley Hii dan Josiah Hogan.
Istimewanya filem ini, ia turut menampilkan pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan Ismi Melinda, manakala pengarah popular, Dain Said juga tampil melakonkan watak antagonis bagi filem ini.
Must-Watch Video