HIBURAN

Mawar Rashid TERINSPIRASI Dengan Penghijrahan Lofa – “Banyak Pahala Kak Lofa, Doakan Mawar Juga Ya...”

Afiza Kamarulzaman 16/10/2020 | 07:08 MYT
Semakin hari, semakin ramai umat Islam (tidak hanya selebriti) memilih untuk berhijrah ke arah yang lebih baik dengan mendekati ajaran Islam sebenar. Cuba memahami apa yang Allah suka dan murka. Lantas, perlahan-lahan menguatkan hati untuk terus berada di landasan yang betul. Tiada apa lagi yang lebih benar dalam hidup ini selain matlamat menuju alam akhirat kelak.
Selebriti terkenal, Neelofa membuat kejutan semalam apabila memilih untuk mengenakan niqab atau purdah sebagai penampilan barunya. Walaupun sebelum ini, beliau sudah pun nekad untuk mengubah imejnya yang tidak mahu lagi bertudung tapi tidak mengikut syariat, namun tidak sangka pula, sejauh ini Neelofa membuat keputusan.
Alhamdulillah, rata-rata memberi sokongan positif, malah ada yang mengalirkan air mata kala Neelofa mengumumkan penghijrahannya itu. Antara yang mendedikasikan ucapan tahniah ialah pelakon, Mawar Rashid dalam akaun Instagramya yang menyentuh hati. Dia yang memanggil Neelofa sebagai Kak Lofa turut terkejut pada awalnya.
Kredit Foto: IG Mawar Rashid
Menurut Mawar, betapa sayangnya Allah swt dan Rasulullah saw terhadap Kak Lofa lantas memberikan hidayah sebegitu buatnya. Sememangnya hidayah itu milik Allah dan hanya yang benar-benar layak akan memiliknya. Mawar begitu terinspirasi dengan penghijrahan besar Neelofa itu.
Tambahnya, perubahannya hari ini juga didorong oleh perasaan ingin memberikan pengaruh dan inspirasi yang baik kepada followersnya. “Alhamdulillah Allah swt bagi peluang kepada Mawar untuk dikenali ramai orang, ada followers. Mawar fikir, mungkin Allah swt bagi Mawar peluang ini untuk Mawar kongsikan benda-benda yang baik kepada orang yang tengok Mawar...” Coretnya di Instagramnya.
.
Katanya lagi, inilah juga faktor mengapa dia memilih untuk berhijrah juga. “Mawar nak menjadi contoh yang baik kepada semua orang yang melihat Mawar.. YOU! You all semua yang baca caption Mawar inilah yang buat Mawar rasa lebih kuat untuk tidak membuat perkara yang tidak baik..”, Luahnya lagi.
#Neelofa #niqab #Mawar Rashid