HIBURAN
Mawi Umum Filem ‘Tiada Tajuk’
Selepas menimbulkan teka-teki mengenai judul filem araham terbaharunya, akhirnya penyanyi dan penyampai radio Zayan, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani mengumumkan filem terbaharunya sebagai Tiada Tajuk.
Mawi mengumumkan filem Tiada Tajuk itu ketika majlis pelancaran filem tersebut di kompleks membeli belah, Sogo Kuala Lumpur sebentar tadi.
“Sebenarnya daripada awal lagi kami sudah merancang untuk meletakan judul filem ini sebagai Tiada Tajuk.
“Tapi kami daftarkan kepada Finas sebelum penggambaran bermula dengan judul Rock Sangkut kerana waktu itu mahu merahsiakan tajuknya.
“Namun sebaik sahaja selesai penggambaran kami terus menukar tajuk di Finas kepada Tiada Tajuk.
“Filem ini berjudul Tiada Tajuk kerana saya ingin memberi peluang kepada peminat saya untuk memberi tajuk dan penghargaan kepada mereka dengan menawarkan hadiah-hadiah dari kami,” katanya.
Mawi menawarkan hadiah-hadiah lumayan menerusi peraduan yang dianjurkan.
Peraduan tersebut boleh disertai dengan memuat turun aplikasi Mawi World menerusi platform Store dan AppStore.
Filem Tiada Tajuk bakal mula ditayangkan diseluruh pawagam pada 4 April ini.
Must-Watch Video