HIBURAN

"Memang Dia Berusia 50 Tahun, Tapi..." - Shima Anuar Jawab Pertikaian Netizen Tentang Umur Suami

Asraf Aided 26/09/2018 | 13:58 MYT
Menerusi ruangan Instagram Story, pelakon Shima Anuar menjawab pertikaian netizen terhadap usia suaminya, Mohd Solih Toha yang kini berusia 50 tahun.
Menurut Shima, dia bahagia dan selesa berada di samping suaminya.
"Memang dia berusia 50 tahun, tapi tak nampak macam 50 tahun kan? Memang lah tua, tapi bagi saya, dia tak tua!
"Perkara ini bukanlah satu isu besar, saya bahagia bersamanya, lagipun dia masih mampu memberi zuriat kepada saya," tulis Shima.
Dalam pada itu, Shima turut menyatakan dia hanya ingin memperjelas keadaan sebenar dan tidak berasa marah terhadap mana-mana pihak.
#Shima Anuar