Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

"Menjelmakan Tudung Dari Lampin Tidak Boleh Diterima Akal" - PU Amin 'Ceramah' Sharifah Sakinah

Hanafis Haris 05/04/2019 | 09:39 MYT
Dua hari lalu pelakon dan pelawak, Sharifah Sakinah memuat naik gambarnya memakai lampin yang dijadikan sebagai tudung.
Walaupun ada yang terhibur dengan telatahnya itu, namun tidak kurang juga yang mengkritik tindakannya termasuklah Pencetus Ummah (PU) Amin.
Menurut PU Amin, walaupun ia sebagai bahan lawak jenaka, namun dia sedih kerana ada ibu-ibu sanggup pakaikan anak mereka dengan lampin di kepala semata-mata menjadikan ia sebagai bahan lawak.
"Tudung adalah sesuatu yang mulia dalam Islam. Menjelmakan tudung dari lampin tidak boleh diterima akal. Semoga Allah pelihara kita, moga terus berjaya dalam kerjaya Sharifah Sakinah," katanya.
Tidak mudah melatah, Sharifah Sakinah kemudian menjelaskan niat sebenar posting berkenaan dan pada masa meminta maaf atas tindakan berkenaan.
Moga isu ini dapat dijadikan pengajaran buat semua!
#Pencetus Ummah #Sharifah Sakinah #Tudung #Lampin