HIBURAN
“Mesti Kena Ada Muka Untuk Dia Belai Dan Ramas” – Amar Baharin Dedah Tabiat Anak
Pelakon Amar Baharin mendedahkan tabiat anaknya, Aqeef Anaqi ketika menonton televisyen.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi satu video pendek di akaun Instagram (IG) miliknya.
“Habit @aqeefanaqi kalau baring, mesti kena ada muka untuk dia belai dan ramas.
“Kalau tengok muka mak bapak dia herot berot tu faham la kan sebab apa,” tulisnya.
“Hahah sama dengan adik saya, tapi adik saya hanya suka gentel siku sambil hisap jari,” komen @_eynamohdsukri
“Anak saya suka gentel telinga, kadang-kadang sampai luka telinga saya. Dah nak masuk 5 tahun pun masih lagi dengan habit dia nak tido cari telinga saya,” tulis @acik_aishah88
Sehingga kini video yang dimuat naik itu mendapat lebih 65,000 tontonan.
Foto: Instagram @amarbaharin