Pelakon Uqasha Senrose mengejutkan peminatnya apabila memuat naik sebuah foto hantu yang menakutkan.
Menerusi laman sosial Instagram, Uqasha berkongsi foto seram dirinya disolek dan berpakaian seperti hantu pontianak.
“Sikit je,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Biarpun hanya meletakkan kapsyen ringkas, foto tersebut telah membuatkan peminatnya berasa gerun terutama apabila Uqasha yang sudah terbiasa kelihatan cantik manis.
Perkongsian tersebut nampaknya mengundang pelbagai reaksi netizen.

“Sha sumpah scary!!!!! Omg,” tulis sepupunya, Aprena Manrose.
“Buka-buka je IG, tiba keluar gambar ni. Fuhh nasib malam ni mak ada tidur kat rumah,” komen seorang netizen ketakutan.
“Terkejut doh bila kau tengah syok scroll IG pastu keluar gambar ni. Dahla nak tidur,” ujar seorang netizen lagi.
“Moleklaaaa ambo baru nak cuci mekap ni. Nak gi jambe asrama ni jange main-main,” kata seorang netizen lagi.
Ini bukanlah kali pertama Uqasha membawa watak hantu.
Terdahulu, Uqasha pernah menjadi puteri bunian bagi filem Hantu Kak Limah yang dikeluarkan pada tahun 2018.
Sedikit perkembangan terkini, Uqasha kini sedang menjalani penggambaran untuk sebuah filem seram bertajuk Sumpahan Jerunei, diambil daripada kisah lagenda di Sarawak.