HIBURAN

Mulanya Nak Beli Barang Anak, Sekali Suami Ajak Tonton Filem Wira? Alamak Apa Hal Tu?

Hanafis Haris 27/12/2019 | 10:21 MYT
Biarpun sudah ditayangkan sejak 21 November lalu, filem Wira arahan sutradara Adrian Teh masih mendapat sambungan 'hangat' dalam kalangan penonton.

Malah, di platform sosial media juga, orang ramai tidak henti membincangkan tentang filem tersebut.

Ada yang serius dan tidak kurang juga posting yang mencuit hati.

Antara yang menarik perhatian adalah pengguna Twitter dikenali sebagai Siti Fatimah.

Menurut Fatimah, perancangan mereka sekeluarga untuk membeli barangan anak 'terkandas' apabila suaminya mahu menonton Wira pada saat-saat akhir.

"Yaa suami saya peminat filem lakonan Hairul Azreen.

"Kisahnya kami dah plan nak pergi beli barang anak tiba-tiba dia mintak cancel sebab nak tengok cita Wira," katanya.

Anda boleh lihat antara posting netizen mengenai Wira di bawah.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Untuk rekod, Wira berkisarkan mengenai kisah seorang bekas tentera, Hassan yang dahulunya melarikan diri akibat tidak tahan dikawal tetapi kembali ke pangkuan keluarga untuk membela nasib mereka.

Biarpun nekad untuk tidak lagi berlawan, Hassan walaubagaimanapun terpaksa bertarung demi melangsaikan hutang adiknya.

Filem yang menaruhkan aksi mempertahankan diri ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Fify Azmi, Hilal Azman, Henley Hii dan Josiah Hogan.

Istimewanya filem ini, ia turut menampilkan pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan Ismi Melinda, manakala pengarah popular, Dain Said juga tampil melakonkan watak antagonis bagi filem ini.

#Viral #Viral #Wira