Mbits Digital mengumumkan perkhidmatan penyiaran digital MVTV Asia menggunakan aplikasi yang boleh diakses melalui telefon bimbit, set top box dan televisyen (TV) pintar.
MVTV Asia membolehkan pengguna mendapatkan pelbagai kandungan berkualiti termasuk dari dalam dan luar negara.
Pengguna mendapat pilihan akses dengan set aplikasi berkaitan kandungan untuk menonton, bermain, membaca dan berkongsi keseronokan gaya hidup digital antara mereka.
MVTV Asia merancang konsep #GLocal untuk menglobalisasi kandungan tempatan dengan menyediakan 60 peratus kandungan pengeluaran tempatan seperti MVTV Asal Filem, MVTV Siri TV Asal, Rancangan Serbeneka dan Festival Filem Pendek Domestik ke perkhidmatan tersebut.
Menurut Ketua Pengarah Eksekutif MVTV Asia, Sara Leana Nattaya Azmi, MVTV Asia berbangga dan bekerjasama dengan rakan-rakan handalan seperti ZTE Corporation, MIGU China Mobile, FutureTV CCTV dan BesTV Shanghai Media Group melalui Digital One Belt One Road Initiative untuk mewujudkan pengedaran kandungan bersama serantau.
"Kami menjalin rangkaian kandungan bersepadu melalui inisiatif #UnitedAsians dengan pengeluaran bersama serantau. Untuk itu, MVTV Asia akan memperkenalkan rakan kongsi kandungan dari Indonesia, Korea, Hong Kong dan Taiwan di sidang akhbar akan datang,” kata Sara.
MVTV Asia juga melancarkan program-program asal tersendiri seperti Inspirasi YES Malaysia, Memori KampungKU dan Bintang Sejuta untuk menandakan komitmen untuk membawa kandungan tempatan ke serata dunia.
Perkhidmatan ini boleh diakses sepenuhnya bermula Jun tahun ini. Untuk lebih informasi, layari laman web www.mvtvasia.my.
Foto: OhMyNews