Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

“My Strength, My Comfort, My Home” – Isteri Terharu Pengorbanan Alif Satar

Mya Amri 25/09/2019 | 11:12 MYT
Isteri kepada penyanyi Alif Satar, Shadila Halid terharu dengan sikap suaminya yang sanggup berada disisinya sepanjang berada dihospital walaupun penat bekerja.
Shadila berkongsi coretannya itu menerusi posting terbaru diakaun Instagramnya.
Bukan sekadar coretan, Shadila juga turut berkongsi foto Alif yang sedang lena tidur di atas sebuah kerusi di dalam wadnya.
“Suami saya telah berada bersama saya sejak appointment terakhir dengan doktor pada 17 hari bulan hingga semalam.
“Hari ini suami saya bekerja dan saya sangat-sangat merinduinya. My rock, my shoulder to cry on, my strength, my comfort, my HOME... @alifsatar,” tulisnya.
Terdahulu, Alif dan Shadila telah berkahwin pada 15 September 2014.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini sudah dikurniakan dua orang puteri bernama Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.
Dalam perkembangan terbaru, Shadila juga baru sahaja melahirkan anak ketiga mereka, Muhammad ‘Ali pada 19 September 2019.
#Penyanyi #Alif Satar #Penyanyi