Skip to main content

Budaya Popular

“Nak Benci Macam-Macam Cara, Satu Hikmah, Satu Keberkatan Bila Orang Suka Dekat Kita” - Siti Nurhaliza

ctdk-makan-malam-amal_1.jpg
Puspita hati negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersyukur apabila dirinya disayangi dan dihargai oleh masyarakat.

Siti menyifatkan perkara itu merupakan satu hikmah dan hadiah paling istimewa buat dirinya.
 
“Saya rasa sangat bersyukur apabila kita dihargai oleh insan-insan yang saya panggil ulama. Bagi saya ini merupakan satu hikmah dan keberkatan apabila ada orang yang suka dan sayang dekat kita.
 
“Orang sayang itu merupakan hadiah yang sangat istimewa buat saya. Ini kerana kalau orang nak benci  pun macam-macam cara.

“Alhamdulillah, apabila orang sayang saya harap saya boleh membalas dengan cara memberikan yang terbaik buat mereka,” katanya ketika ditemui pada sidang media Majlis Makan Malam Amal Karnival Mahabbah 1.0 baru-baru ini.
 
Mengulas mengenai Karnival, Siti berkata dia tidak memandang negatif perkara itu sebaliknya percaya mereka mampu bekerjasama menjayakan aktiviti berkaitan agama.
 
“Saya tak pandang negatif tentang perkara ini, bagi saya penyanyi, artis mahu pun insan seni juga merupakan manusia biasa.
 
“Saya percaya setiap apa yang dilakukan, di sudut hati mereka pasti ada keinginan untuk melakukan kebaikan.

“Kita jangan memandang rendah atau menilai golongan-golongan artis dan juga agamawan. Masing-masing mempunyai tanggungjawab sendiri.
 
“Sebaliknya kita kena menghargai antara satu sama lain dan sama-sama menjayakan kerja amal,” ujarnya.
 
Makan Malam Amal bersempena Karnival Mahabbah 1.0 bakal berlangsung pada 24 hingga 28 April ini bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh.
 
Majlis makan malam amal itu diadakan bertujuan untuk mengumpul dana bagi menampung program mengimarahkan masjid dan membantu meringankan beban golongan mereka yang memerlukan.
 
Selain Siti, kumpulaan Hijjaz juga turut sama menjayakan majlis berkenaan.
 
Untuk makan malam, tiga kategori meja akan dijual untuk persembahan berkenaan iaitu platinum (RM5,000), Gold (RM3,000) dan Silver (RM2,000).
 
Maklumat lanjut mengenai karnival itu boleh didapati di laman Facebook Masjid Muhibbuddin Shah atau hubungi talian 05-2461404.
 
Foto: Instagram @ctdk

Must-Watch Video

Advertisement