HIBURAN
"Nampak Sangat Dia Create Akaun Nie Nak Buat Dosa .." - Dynas Mokhtar
Pelakon Dynas Mokhtar mencuri tumpuan netizen apabila memuat naik sekeping gambar lama memakai busana paras paha.
Menerusi entri tersebut, Dynas turut memuat naik kata semangat untuk menurunkan berat badan kerana ingin kembali berlakon selepas berpantang.
"All motivated this morning..hopefully I can loose weight quick after LilP comes out so I'm all prepared to shoot Kl Gangster Underworld as Madam Wong straight after I finish pantang. #oldpicture," tulisnya.
Bagaimanapun, tindakan pelakon filem itu mendapat kecaman netizen apabila dilihat terlalu seksi serta menimbulkan rasa kurang senang dari pengikut.
Namun, terdapat komen yang menjadi perhatian Dynas sehingga membuatkannya bertindak membalas memandangkan itu hanya foto 'throwback'.

Namun, tidak kurang juga meninggalkan komen positif serta memahami tujuan Dynas berkongsi foto tersebut.
Sekadar info, Dynas berkahwin dengan pengusaha ladang ayam, Shazrik Din pada April tahun lalu selepas empat tahun menjadi ibu tunggal.


Kini, Dynas sedang sarat hamil tujuh bulan.
Menerusi perkahwinan pertamanya, Dynas mempunyai dua orang anak iaitu Khayra Khalyssa, 9, dan Mohamed Haqaish, 7.
Must-Watch Video