Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

"Ni Masa Shooting Filem..." - Wow! Hairul Azreen Bagi Hint Sambungan Filem Wira Ke Tu?

Hanafis Haris 10/12/2019 | 11:43 MYT
Belum reda kisah mengenai kehebatan filem terbaru Wira, warga maya dilihat sudah mula bercakap-cakap tentang penghasilan sekuel berkenaan.
Semuanya gara-gara komen yang ditinggalkan oleh pelakon utamanya Hairul Azreen di satu posting Instagram miliknya.
Menerusi posting tersebut, Hairul memuat naik gambar dia berdiri di atas pesawat pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Hairul kemudian menyatakan gambar tersebut diambil ketika penggambaran Wira 2.
"Masa shooting filem Wira 2," katanya di ruang komen.
Komen berkenaan kemudian mencetuskan tanda tanya buat netizen berhubung status sebenar penghasilan sekuel Wira.
Pada yang tidak tahu, menerusi Wira, pengarahnya Adrian Teh telah memberi bayangan mengenai sambungan filem PASKAL The Movie apabila menampilkan watak daripada PASKAL The Movie iaitu Namron sebagai Maznan.
Malah, menerusi babak 'end kredit' itu juga, ia turut menampilkan Bront Palare yang mewakili TUDM.
Namun, selepas kenyataan dikeluarkan Hairul, tidak mustahil sekiranya bayangan itu juga merujuk kepada filem Wira 2.
Sejauh mana kepastian tentang teori ini, sama-samalah kita tunggu pengumuman rasmi daripada Adrian sendiri.
Pada yang belum saksikan Wira, anda bolehlah ke pawagam berkedekatan kerana filem tersebut telah pun ditayangkan sejak 21 November.
BACA: [REVIEW] Inilah Filem Aksi Yang Sepatutnya Dihasilkan! Wira Buat Ramai Penonton U-Turn?
Untuk rekod, Untuk rekod, Wira berkisarkan mengenai kisah seorang bekas tentera, Hassan yang dahulunya melarikan diri akibat tidak tahan dikawal tetapi kembali ke pangkuan keluarga untuk membela nasib mereka.
Biarpun nekad untuk tidak lagi berlawan, Hassan walaubagaimanapun terpaksa bertarung demi melangsaikan hutang adiknya.
BACA: Power! Filem Wira Raih RM5.2 Juta Dalam Masa 11 Hari Tayangan!
#Viral #Filem #Viral #Filem #Wira