gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Saya Sentiasa Doakan Yang Terbaik Buat Bella Astillah & Syed Saddiq” - Muaz Zabir
HIBURAN
Nadin Amizah Diraba Peminat Lagi Ketika Konsert - "Tubuh Yang Sangat Saya Jaga Disentuh Sesuka Hati"
HIBURAN
Keith Foo Sedang Dalami Islam, Riena Diana Belum Sedia Umum Berita Gembira - “Dia Beri Saya Peluang Untuk Pilih Nama…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

No More Social Media Influencer! Hos Selebriti Terajui Rancangan Mingguan Wanita Musim Kedua

Amri Hassan
Amri Hassan
20/06/2019
03:51 MYT
Sponsor Banner
No More Social Media Influencer! Hos Selebriti Terajui Rancangan Mingguan Wanita Musim Kedua
Selepas semusim bersiaran, program bual bicara Mingguan Wanita tampil dengan musim kedua bersama idea dan konsep yang lebih segar dan komprehensif.
Menggantikan hos yang terdiri daripada selebriti media sosial, Mingguan Wanita musim kedua menampilkan pengemudi acara dalam kalangan selebriti.
Erra Fazira, Sherry Alhadad, Siti Elizad, Radin dan Norman Hakim dipilih sebagai lima hos untuk program bual bicara itu setiap hari secara bergilir-gilir.
Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh, pemilihan itu dirasakan tepat memandangkan pengaruh selebriti lebih kuat terhadap penonton.
"Selebriti punyai pengaruh yang kuat berbanding selebriti media sosial. Kita mengetengahkan mereka untuk musim ini.
"Bijak sahaja tidak cukup untuk menarik audiens untuk menonton setiap hari selama beratus-ratus episod," jelasnya.
Pasangan hos Erra dan Elizad akan mengendalikan program itu setiap hari Isnin dengan kupasan topik berkaitan Kesihatan dan Kecantikan.
Manakala, Radin dan Elizad akan meneruskan program hari Selasa dengan tema Kemasyarakatan dan Gaya Hidup.
Setiap hari Rabu akan dikendalikan oleh Elizad dan Sherry untuk mengupas topik berkaitan Makanan & Travelog manakala Erra dan Norman akan menggantikan slot hari Khamis menerusi Cerita Dalam Kain.
Tema pada setiap hari Jumaat pula ialah Motivasi, Inspirasi & Kerohanian yang akan dikendalikan Elizad secara bergilir-gilir setiap minggu bersama Datuk Fadzilah Kamsah, Prof. Dr. Muhaya dan Imam Muda Asyraf.
Siaran langsung Mingguan Wanita berdurasi 60 minit dan bakal bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 11 pagi mulai 8 Julai 2019 di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).
Untuk pilihan fleksibel, Mingguan Wanita boleh diakses menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan on demand.
Topic Berkaitan
#Erra Fazira
#Siti Elizad
#Norman Hakim
#Mingguan Wanita
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement