HIBURAN
Nursery Tutup…Dah Ambil Cuti Tapi Boss Suruh Datang Office? Semuanya Dalam Geng Mak Mak Edisi Cuti Sekolah!
Siri online kegemaran ramai, Geng Mak Mak (GMM) kini kembali untuk musim cuti sekolah. Seperti biasa, terdapat banyak konflik dan dugaan yang harus ditempuhi golongan ibu dalam kehidupan seharian mereka.
Episod pertama GMM kali ini bakal memaparkan konflik yang dihadapi oleh seorang wanita yang baru sahaja bergelar ibu iatu Dahlia (watak dipegang oleh Nad Zainal).
Dahlia mempunyai seorang anak kecil yang perlu dihantar ke pusat penjagaan kanak-kanak (nursery) setiap hari ketika dia bekerja. Namun urusan harian Dahlia terganggu apabila pusat penjagaan kanak-kanak itu ditutup selama beberapa hari.
Oleh sebab itu, Dahlia telah memohon cuti kerana tidak dapat bekerja seperti biasa demi menjaga anaknya di rumah.
Situasi menjadi semakin rumit apabila Dahlia dihubungi oleh majikan yang memintanya datang ke pejabat untuk urusan penting. Apa yang harus Dahlia lakukan Bagaimana dia uruskan anak dan urusan kerja dalam satu masa sedangkan pusat penjagaan kanak-kanak ditutup?
Semua persoalan anda akan terjawab dalam episod pertama Geng Mak Mak yang bakal menemui anda setiap Isnin bermula 18 November ini.
Selain Nad, GMM turut dibintangi oleh barisan pelakon popular seperti Elvina Mohd, Rita Rudaini, Sazzy Falak dan Fatin Afeefa.
GMM dibawakan kepada anda oleh jenama ubat gigi terkenal Darlie dengan Pati Pudina Asli yang sentiasa memberi jaminan kesegaran nafas berpanjangan.
Jangan lepaskan peluang menonton GMM di www.gempak.com . GMM juga boleh ditonton menerusi laman Facebook serta Instagram TV Gempak.