HIBURAN
"Orang Selalu Tanya Macam Mana Bekerja Dengan..." - Pengarah Pusaka Buka Kisah Dengan Pengarah Sinematografi 'Old-Timer', Bersyukur Dapat Tambahan Tayangan
Pengarah filem Pusaka, Razaisyam Rashid membuka kisah kerjasamanya dengan pengarah sinematografi terkenal, Mohd Nor Kassim.
Razaisyam berkongsi perkara terbabit menerusi sebuah 'thread' di laman sosial Twitter.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Selepas lebih dua minggu Razaisyam dan Mohd Nor Kassim mencari 'look' yang sesuai untuk filem Pusaka, mereka bersepakat untuk menggabungkan semua teknik untuk menggarap naskhah.

Selain itu, Razaisyam juga bersyukur kerana hari pertama tayangan filem Pusaka menerima respon yang sangat positif.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.
Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.
Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!
Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.