Skip to main content

Budaya Popular

Padam Semua Foto Di IG, Peminat Bimbang T.O.P BIGBANG Tertekan

top-bigbang-padam-ig.jpg
Anggota kumpulan BIGBANG, T.O.P telah memadamkan semua foto-foto di akaun Instagram(IG)nya.
 
T.O.P telah memadamkan kesemua foto-fotonya selepas membuat Instagram Live baru-baru ini.
 
Malah menerusi siaran itu juga, T.O.P mendedahkan kondisinya tidak berapa bagus selain menyatakan tidak mahu membuat promosi di Korea.
 
“Saya tidak akan membuat kemunculan semula (comeback) di Korea. Saya tidak mahu melakukannya sendiri. Kawan-kawan saya juga melarang. Manusia hanyalah orang yang kejam,” katanya.
 
Bagaimanapun, dia tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai kenyataannya itu.
 
Tindakan T.O.P itu telah menimbulkan tanda tanya dan kerisauan dikalangan peminat di seluruh dunia.
 
Peminat membuat spekulasi bahawa kenyataannya itu berkaitan dengan sentimen awam yang berkaitan dengan dirinya atau BIGBANG.
 
Sehingga kini, T.O.P masih lagi tidak memuat naik sebarang foto di akaunnya.
 
Terdahulu, BIGBANG kerap terpalit dengan kontroversi sejak tahun 2017.
 
BACA: Saya Terima Hukuman Tersebut, Maafkan Saya... - T.O.P Dihukum Penjara
 
Antara kontroversi yang dikaitkan dengan anggota BIGBANG adalah percintaan, dadah dan yang paling besar adalah pelacuran.
 
BACA: “Karier Saya Berakhir Di Sini…”- Mahu Selamatkan BIGBANG, Seungri Umum Bersara Dari Industri
 
BACA: Terpalit Kontroversi Pelacuran, YG Entertainment Putuskan Kontrak Eksklusif Dengan Seungri
 

Advertisement

Must-Watch Video