“Part Silat Tu Aku Meremang Weh” - Trailer Rasmi Mechamato Buat Ramai Goosebumps!
Penantian peminat animasi kini berakhir apabila trailer rasmi ayah kepada BoBoiBoy iaitu Mechamato akhirnya dilancarkan malam semalam.
Video trailer berdurasi 2.21 minit itu didedahkan menerusi satu posting di Instagram Astro Shaw.
“Jom saksikan Official Trailer Mechamato Movie, ayah BoBoiBoy beraksi.
“Sebuah filem animasi paling dinantikan tahun 2021 dan daripada pencipta filem #BoBoiBoy! Stay tuned gais!
“Mechamato Movie berkisarkan pengembaraan seorang pemuda bernama Amato (Ayah kepada BoBoiBoy) yang secara tidak sengaja menjadi pemilik MechaBot, sebuah Power Sphera yang mempunyai kebolehan untuk ‘Mechanize’ dengan objek lain.
“Bersama-sama, mereka boleh bergabung menjadi seorang wira berperisai, Mechamato,” kata pengendali akaun tersebut.
“Goosebumps weh, lain macam dia punya vibe”
“Terbaiah Monsta, trailer pun dah level hollywood”
“Part silat tu buat aku meremang weh” tulis beberapa netizen.
Anda boleh lihat trailer rasmi Mechamato tersebut di bawah :