Skip to main content

Budaya Popular

Pelawak Mr Bean Cerai Isteri Demi Wanita Muda

mr-bean-bercerai.jpg

Pelawak terkenal dunia, Mr Bean atau nama sebenarnya Rowan Sebastian Atkinson diceraikan isterinya, Sunestra Sastry setelah  24 tahun mendirikan rumah tangga.

Sastry mengambil keputusan untuk berpisah dengan alasan Atkinson ‘Berkelakuan Tidak Munasabah’ kerana menjalinkan hubungan dengan seorang aktres, Louise Ford yang jauh lebih muda muda daripadanya.

Advertisement

Atkinson, 64 dan Ford, 32 berkenalan sewaktu mereka terbabit dalam satu pementasan di West End pada tahun 2013.

Rowan Sebastian Atkinson dan Sunestra Sastry mula tinggal berasingan sejak bulan Februari 2014. Mereka berkahwin pada tahun 1990 dan dikurniakan dua orang anak; Ben, 22 dan Lily, 20.

Prosedur perceraian mereka di mahkamah hanya mengambil masa 65 saat.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: Astro Awani

Topik Berkaitan

Must-Watch Video