HIBURAN

“Penangan GV2019, Pengikut Instagram Naik 40,000” – Wann Ucap Terima Kasih

Azwa Rahman 10/12/2019 | 09:35 MYT
Bintang Gegar Vaganza 2019 Wann memberikan ucapan penghargaan buat peminat yang membantu menaikkan jumlah pengikutnya di Instagram.
Wann atau nama sebenarnya Wan Rashidah binti Meor Abdul Rashid, 49, berkongsi berita gembira itu di laman Instagram miliknya.
“Penangan GV2019, naik 40,000 pengikut dari minggu pertama. Terima kasih,” tulis Wann menerusi ruangan kapsyen.
Dengan pertambahan hampir 40,000 pengikut baru, menjadikan Instagram Wann kini menpunyai hampir 70,000 pengikut.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata peminat memberikan ucapan tahniah kepada penyanyi yang terselamat daripada penyingkiran ketika konsert Suku Akhir GV2019 Ahad lalu.
“Kalau dah follow, boleh follow lagi tak kak?” tanya seorang warganet.
“Alhamdulillah, ramai yang sayang awak,” ujar seroang warganet.
“Legend buat comeback memang mendapat la, suara rare takde orang lain boleh lawan,” puji seorang warganet.
“Tahniah Kak Wann, ramai lagi peminat yang belum jadi follower Instagram tapi follow dari jauh, percayalah.Berjuta kat luar sana,” kata seorang warganet.
Malah, ada juga pengikut yang bersedih apabila Wann jarang membalas komen daripada peminat-peminatnya.
Pada minggu separuh akhir, Wann bakal mempersembahkan lagu Ku Gembira Di Sampingmu nyanyisan asal Datuk Khatijah Ibrahim dan Dua Insan berduet bersama Zarul Umbrella.
Jangan lupa saksikan konsert separuh akhir GV2019 pada hari Ahad ini pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.
#Konsert #Selebriti #Konsert #GV2019